Profil

Raudhah Muhibbin atau juga dikenali sebagai Dewan Selawat Raudhah Muhibbin, mula dikenali sejak dari bulan Oktober 2016. Dewan Selawat Raudhah Muhibbin dibangunkan di Wang Tepus, Kota Mengkuang Jitra Kedah dan ia diasaskan oleh Ustaz Mohammad Neezam Bin Mohd Ariffin Al-Banjari.

Raudhah Muhibbin merangkumi bagi Pertubuhan Raudhah Muhibbin dan Raudhah Muhibbin Enterprise. Semua aktiviti perniagaan yang diuruskan oleh pihak Raudhah Muhibbin adalah berdaftar dibawah nama Raudhah Muhibbin Enterprise (AS0392434-P). Pertubuhan Raudhah Muhibbin umumnya digunakan sebagai platform untuk menganjurkan program di Dewan Selawat. Segala program yang dianjurkan di / oleh Dewan Selawat Raudhah Muhibbin ini berada dibawah pimpinan para masyaikh dan asatizah secara amnya.

Telah diilhamkan oleh Allah untuk menggunakan nama Raudhah Muhibbin ini adalah kerana ia membawa maksud taman pencinta. Sejajar dengan maksud tersebut, Raudhah Muhibbin mengajak orang ramai sama-sama memuji Rasulullah bagi mereka yang dahaga dan dambakan kerinduan dan kecintaan buat Nabi akhir zaman iaitu Rasulullah S.A.W.

Dewan Selawat Taman Mahabbah masih lagi dalam fasa pembangunan.


TAMAN PENCINTA

صلوا على خير الأنام، المصطفى بدر التمام،
Raudhah Muhibbin taman mahabbah,
Memecah empangan ashobiyyah,
Seluruh pelusuk bumi Allah,
Datang memuji Rasulullah,
Gemanya selawat dan qasidah,
Di medan indah penuh berkah,
Niatkan merebut Redo Allah,
Gembirakan Hati Rasulullah,

Beramal dengan sunah-sunah,
Quran dikhatam berjemaah,
Menjamu makan dan berkhidmah,
Basahkan lidah dengan zikrullah,
Assyairoh maturidiyyah,
Pegangan akidah ahli sunnah,
Mazhab Shafie penuh berkah,
Pilihan mazhab berIbadah,

Tiada seorang terkecuali,
Semua wajib memuji nabi,
Kisah sohabat dihayati,
Merekalah rijal hawlannabiy,
Ahlul bait nabi dicintai,
Dengarkan cerita para wali,
Moga Allah sucikan hati ,
Dipilih menuju tanah suci,

Kecil besar tua muda,
Sedang siapkan bekal cinta,
Kerna sabda nabi mulia,
Saling cinta dibangkit sama,
Maqam cinta melepasi,
Maqam amal di ukhrowi,
Dengan Mendengar sirah nabi,
Moga tetaplah cinta kami,

Kulit putih kulit hitam,
Lidah fasih lidah A’jam,
Ahlul madih ahlul kalam,
Ingin rintih rindu terpendam,
Kepadamu Khoirol Anam,
Ishfaq lana Yaumazdiham,